BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Miss QIM's clock

Showing posts with label iLUVislam. Show all posts
Showing posts with label iLUVislam. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

RAMADHAN datang lagi

Marhaban ya Ramadhan!

Kali ni terase Ramadhan berbeza sekali. Pagi2 lagi dah keluar rumah kerja, then malam pas azan Maghrib baru keluar office. Kurma ngan mineral water awal2 lagi da stand by dalam kete. Dalam pukul 8 sampai umah, smayang Maghrib then makan nasi. Pas 2 naek atas mandi, siap mandi teraweh. Tapi hati rase kosong. Teraweh sekadar terawah, kadang tersengguk2 tertidur.


Sedey kan? Sepatutnya bulan Ramadhan ni kenalah lipat gandakan ibadat tp langsung tak sempat nk luangkan masa. Sibuk sangat kejar urusan duniawi. Hari2 berdoa semoga iman semakin mantap, semoga diberi petunjuk serta hidayah, semoga terus istiqamah dalam ibadat.. Hari2 ble penat nak teraweh selalu bagi taw diri sendiri, solat adalah istirehat. Solat bukan beban. Tapi still, belum habes separuh teraweh kepala da tersengguk2 kadang2 terus tertidur sampai tak sedar imam da bangun. 
Siti Nurqimah! Tolonglah tetapkan iman! Tolonglah ikhlas kerana Allah. Tapi macam mana ye nak ikhlaskan diri? Hurm.. Da tak taw nak cakap macam mana. Wahai Tuhan, ampunilah aku maafilah aku redhailah aku! 

Thursday, August 26, 2010

"BARANGAN BUATAN" K.A.F.I.R

Untuk renungan bersama..


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis rekod Nabi Muhammad:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."



Antara “barangan buatan” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.


1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.


Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad ?


Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.



3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.



4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak teputrans.



5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).



6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni agak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.


Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.



Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.


Firman Allah:

Wahai sekalian manusia!

Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,

dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,

kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

"Surah Al-Baqarah,Ayat 168"



:: Kawan2 sila la visit website ni ye. Same2 la kte ingat~mengingati ::

http://www.dinar-emas.com/vatican.html


Friday, April 2, 2010

zon KRITIKAL

Td tgk Al-Kulliyyah. Jarang wo SITI NURQIMAH nk tgk forum2 camni. Hehe.. Tgk pon sbb tajuk dye menarik. Alhamdulillah;)


Arini diowang bincang pasal ZON KRITIKAL a.k.a KIAMAT. Sejak saya skolah rendah lagi, saya sgt ske bace pasal kiamat. Dlm klaz, slalu tanye ustaz pasal hari kiamat. Sgt takot!

Akhir2 ni slalu pikir jauh. Skang ni musim panas. Ble panas yg amat, saya slalu tepikir.. Nanti ble da mati esk2 cane saya nk survive? Saya bukannye muslimah sejati yang tempatnya di syurga tp saya hanya mampu berdoa agar ditempatkan di kalangan yg beriman. Tp.. Seandainya itu bukan destinasi yg dijanjikan untuk saya.. Nauzubillah! Tak sanggup nk bayangkan sume 2.. Betapa panasnya azab api neraka.

Saya sgt takot binatang. Tak kre besar ke kecik, sume saya takot. Dari lipas, lipan, cik u.. Sume nye saya takot! Macam mane saya nk hadapi alam barzakh esk2 kalo kat dunia skang ni pon saya slalu menjerit terpekik ble nampak benda alah ni? Nauzubillah!

Akhir2 ni ble nk lelap mate je, saya slalu rase sesak nafas. Rasa sgt takot ble sesak nafas datang. Tepakse bernafas ikot mulut. Saya slalu tepikir cane nanti ble malaikat maut datang tarik nyawa saya. Macam mane kalau ajal saya tiba ketika saya masih belom bersedia? Saya sgt takot!



Ok.. Kte pendekkan cite eh. Sbb mak panggil mamam;)
Ni saya bg list tanda2 kecik kiamat yg ustaz Harun Din bg taw dlm Al-Kulliyyah td..

-kemelesetan ekonomi-
-orang zalim jadi pemimpin-
-orang kaya berhutang-
-wanita menjadi ketua negara-
-kutuk mengutuk sesama Islam-
-beri salam kepada org yg kte kenal je-
-byk bangunan pencakar langit-
-ramai anak derhaka pada ibu bapa-
-orang perempuan memandulkan diri-
-wanita x menjaga batas aurat-
-homosexual-
-ibu bapa takot pada anak-
-haruan makan anak *bapa rogol zuriat sendiri*-
-bencana alam-


Sume tanda ni da ade kan? Cuma tunggu datangnya tanda2 besar je.. Same2 la kte tingkatkan iman, banyakkan amal..


Sunday, October 18, 2009

mencari yang HAKIKI

Taw x arini ape xtvt saya? Saya sbenar nye sgt bz this week tp ble terbace iklan kat tepi lif Melati, saya rasa saya perlu join xtvt 2. TERAPI SOLAT bersama ustaz jemputan dari Indonesia.. Saya ajk Kak Ju tp Kak Ju bz. Saya pon bz gak sbenar nye. Yelah, I have 4 tests! Tapi xpe la, bukan slalu pon ade bengkel cam 2..

Pagi2 lagi saya bgn, sbb bengkel 2 start kul 9. Tp bese la saya sgt lambat besiap. Kul 9.20 baru saya kluar dari bilik. Arini saya sgt sopan, pakai baju kurung! Tudung bia macam 2 je, ikat ngan ring. Waahhh.. NURQIMAH, kamu sgt sopan! I like!


Masuk je dewan seminar 2, saya cam agak tekejot. Sgt x ramai! Xsampai 50 orang pon. And saya duk depan skali. Time 2 ustaz da start da.. Sume org pandang saya sbb saya masuk lewat. Da la lewat, pakai pulak heels. Ble jalan, bunyi prap..prap.. Adus, malu nye saya! Ye la, saya mana ade slipar yg flat..

Ble da duduk, saya pandang kiri kanan saya.. And belakang saya. Tiba2 saya rasa sgt kerdil. Majoriti pakai tudung labuh n yg besar2. Ade yg pakai sarung kaki. Saya rasa sgt rendah hati. And I almost cried! Mana tak nye, majoriti perserta dari kalangan muslimah yg begitu menjaga batas aurat. Mereka yg ade kesedaran pasal tuntutan agama pon still lg datang bengkel 2 tp golongan macam saya yg hanya taw benda basic je sgt kedekut masa untuk hadir dlm majlis macam 2. Yg beriman makin tinggi imannya, saya yg leka dgn duniawi makin lemah imannya. Nauzubillah..

Kata2 ustaz 2 byk wat saya rasa sebak. Sama macam kawan2 Islam yg lain, saya pon solat 5waktu sehari tp saya kre solat saya xcukup sempurna. Saya melakukan solat tp hakikatnya saya sama sekali tidak bersolat! Saya rukuk dan sujud mengadap sang Pencipta tapi dlm masa yg same fikiran saya melayang ke laen. Hari ini saya adalah saya kerana Dia. Dia yang menciptakan saya tp bukan Dia yg saya dahulukan. Urusan duniawi yg saya utamakan, Dia saya kemudiankan. Alangkah hina nya diri saya! Ya Rabbana, ampunilah aku..


Saya sgt berharap semoga lepas ni saya dapat tetapkan iman saya. Saya bersolat untuk bertemu Dia. Saya minta dia tetapkan iman saya, betulkan niat saya. Insya-ALLAH Dia akan permudahkan saya untuk bertemu denganNya. Saya akan cuba perbaiki diri saya. Sungguh, saya inginkan perubahan hidup. Saya ingin merasa nikmatnya iman kurniaan Illahi. Saya ingin merasa damainya hidup dengan dikurniakan ketenangan dariNya..

Saya berdoa semoga Dia mengilhamkan ketakwaan dalam diri saya. Semoga Dia turunkan kekusyukan dalam ibadat saya dan semoga Dia menjadikan solat saya solat yg kusyuk. Amin......

Sunday, August 2, 2009

DITIKAM MATI DI MAHKAMAH KERANA BERTUDUNG

ADALAH malang bagi umat Islam pasti sahaja akan keluar pelbagai telahan negatif tentang mereka ini terutama dari penduduk di Barat dan semua ini berlaku hanya disebabkan pengaruh gejala Islamofobia yang diuar-uarkan oleh Barat. Mereka ini telah dicap kebanyakan penduduk Barat sebagai ekstremis atau jumud semata-mata kerana tidak mengikut rentak mereka dalam berpakaian.

Maka tidak menghairankan kenapa orang di Barat sering saja membuat persepsi negatif yang adakalanya di luar batasan kemanusiaan.

Oleh itu peristiwa yang berlaku terhadap Marwa Ali El-Sherbini, seorang wanita yang berasal dari Mesir dan kemudian berhijrah ke Jerman merupakan satu peristiwa yang menyayat hati namun pada masa yang sama membuktikan isi hati sebenar penduduk Barat terhadap orang Islam walaupun tidak semua hanya kerana terlalu dipengaruhi Islamofobia.

Siapa sebenarnya Marwa Ali El-Sherbini yang tiba-tiba menjadi ikon orang Islam yang tertindas di Barat. Beliau hanyalah orang biasa yang cuba menyara hidup dengan menumpang di sebuah negara asing untuk kemajuan diri dan keluarga.

Marwa yang dilahirkan pada 1977 di Mesir telah berpindah ke Jerman pada 2005. Pada 2008 beliau dan keluarga berpindah ke Dresden setelah suaminya Elwi Ali-Okaz mendapat kerja sebagai pengkaji di Institut Max Planck dan Marwa pada masa yang sama bekerja di Hospital Universiti Dresden. Namun pengakhiran hidupnya yang sangat menyayat hati telah membuka banyak mata tentang bahaya gejala Islamofobia di kalangan masyarakat Barat.

Peristiwa pembunuhan yang dilakukan terhadapnya di dalam mahkamah ketika memberi keterangan terhadap seorang lelaki yang bertindak memaki hamun dirinya kerana beliau adalah seorang beragama Islam dan bertudung merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima akal setiap manusia yang siuman.

Segalanya bermula pada bulan Ogos 2008 apabila lelaki berkenaan Alex W. seorang warga Jerman tetapi dilahirkan di Perm Russia menjerit ke arah Marwa di sebuah padang permainan kanak-kanak di Dresden kerana bertelagah berebut menggunakan buaian untuk anak buahnya dengan anak lelaki Marwa.

Wanita berusia 32 tahun itu telah digelar sebagai pengganas Islam dan pelacur hanya kerana beliau memakai tudung. Kejadian tersebut berlaku untuk beberapa ketika walaupun terdapat antara pengunjung taman permainan cuba menghalang lelaki berkenaan. Dia hanya berhenti setelah polis datang tidak berapa lama kemudian.

Alex kemudiannya telah dituduh melakukan fitnah terhadap Marwa dan didapati bersalah oleh mahkamah serta didenda sebanyak 780 Euro. Semasa perbicaraan berlangsung Alex merayu hukuman dikurangkan kerana mendakwa manusia seperti Marwa bukanlah seorang manusia sebenar oleh itu dia tidak boleh dihina.

Akibat dari dakwaan secara terbuka ini, peguam bela telah merayu bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap Alex. Oleh itu pendengaran rayuan kes ini diadakan di sebuah mahkamah di Dresden pada 1 Julai lalu.

Ketika kejadian tersebut lapan orang berada dalam mahkamah termasuklah tiga hakim, seorang pendakwaraya, Alex dan peguamnya serta Marwa, suaminya Elwi Ali Okaz dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun. Malangnya tiada sebarang pegawai keselamatan berada di situ dan tidak ada sebarang rutin pemeriksaan untuk memastikan tiada sebarang senjata merbahaya di bawa masuk ke dalam mahkamah.

Sebaik sahaja Marwa selesai memberikan keterangannya, Alex, bertindak meluru ke arah beliau sebelum menikamnya sebanyak 18 kali sambil menjerit "anda tidak layak untuk hidup". Suami beliau, Elwi yang cuba mempertahankan Marwa turut ditikam.

Melihat kejadian ini, mereka di dalam mahkamah bertindak memanggil seorang anggota polis yang sedang memberi keterangan di mahkamah berhampiran namun malangnya suami Marwa ditembak di kaki kerana anggota polis itu menyangka Elwi sebagai penyerang.

Elwi cedera parah akibat peristiwa ini dan berada dalam koma selama dua hari namun malangnya Marwa yang cedera parah mati ditempat kejadian. Lebih menyayatkan hati kematian Marwa ini turut membunuh anak yang dikandungnya berusia tiga bulan.

Alex telah ditangkap di tempat kejadian dan kini sedang ditahan reman untuk siasatan atas tuduhan membunuh Marwa dan cubaan bunuh terhadap Elwi. Namun lelaki kejam ini dilaporkan masih belum memberi sebarang pengakuan kepada pihak penyiasat dan perbicaraan dijangka akan berlangsung selewat-lewatnya pada hujung 2009 atau awal tahun 2010.

Peristiwa ini pada awalnya tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak media di Jerman dan ia hanya dilaporkan di halaman belakang akhbar-akhbar di sana.

Hanya setelah tunjuk perasaan panas yang dicetuskan oleh ribuan rakyat Mesir yang menetap di Jerman kerana menentang Islamofobia barulah kerajaan Jerman yang sebelum ini hanya mendiamkan diri menyatakan kesedihan dan kekesalan tentang pembunuhan Marwa.

Sesungguhnya peristiwa pembunuhan Marwa ini berpunca dari peningkatan kebimbangan Islamofobia yang semakin ketara terutama di negara Barat. Malah media-media utama di Mesir menyatakan kematian Marwa ini sebagai "mati syahid seorang pejuang berhijab".

Sememangnya gejala Islamofobia ini telah diwujudkan bagi meningkatkan semangat kebencian terhadap orang Islam dari mereka yang bukan beragama Islam. Cubaan menggambarkan orang Islam sebagai pengganas yang bertanggung jawab terhadap pelbagai kejadian dan kemusnahan di seluruh dunia merupakan satu tuduhan yang sangat dangkal dan berniat jahat.

Oleh itu usaha untuk membersihkan tuduhan yang dilemparkan terhadap umat Islam ini perlu dilakukan segera. Namun ini tidaklah bermaksud darah perlu dibayar dengan darah kerana ia akan hanya memburukkan lagi keadaan.

Jika tidak adalah tidak menghairankan peristiwa pembunuhan seperti Marwa ini akan berulang malah mungkin lebih teruk lagi pada masa depan.

UTUSAN-26/07/2009-

Miss QIM's followers('.')

Miss QIM's fAvOrEt