Baiklah, kali ini saya cuma ingin bercerita ringkas sahaja. Tapi kenapa saya menggunakan bahasa bangku? Mudah sahaja, sebab saya sayang Malaysia dan saya suka Malaysia! Saya baru sahaja selesai menonton cerita PAPADOM. Cerita itu sangat menarik! Tidak kering gusi saya menontonnya. Ada juga sesetengah babak yang meruntun hati. Saya sangat terharu dengan kasih-sayang seorang bapa terhadap anaknya. Saya bagi 5bintang!

Satu lagi filem, ADNAN SEMPIT. Saya sudah menonton cerita tersebut. Sangat menarik! Tiada satu babak yang membosankan pun dalam cerita tersebut. Tadi saya sempat menonton iklan cerita tersebut di SALUR AWAK (YOUTUBE). Dialog di dalam cerita tersebut juga sangat menarik.
"Wa tak main la tengok wayang dengan mat rempit macam lu. Wa layan mat kereta je bro. Yang ada bumbung."
Hahahahaha.. Sangat kelakar! Saya akan beri 5bintang juga!

Apa yang membezakan PAPADOM dengan ADNAN SEMPIT ialah jalan ceritanya. Kedua cerita tersebut sangat menarik. Jika PAPADOM lebih berkisar mengenai hubungan kekeluargaan, ADNAN SEMPIT pula lebih kepada REMAJA. Beza kedua cerita ini sama seperti beza KUCH KUCH HOTA HAI dengan KABHI KUSHI KABHI GUM. Sangat sedap untuk ditonton;)
Kesimpulannya, saya sangat suka menonton cerita Melayu! Tak kiralah apa orang hendak kata, saya tetap suka;)




0 comments:
Post a Comment